bila MISS GIEY berbicara

andai jalan kita berbeza, mengapa tidak kita memandang ke arah yang sama?

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Sunday, March 7, 2010

kerja tetap vs kerja separuh masa...

Posted by miss giey

hmmm dah lama juga azie tidak menjengah blog ini.. almaklum lah terbusy sikit sekarang.. tuntutan kerja serta kerja part time yang azie lakukan semakin menghalang untuk azie berkarya melayan perasaan untuk belajar menulis ini.. mungkin ini lah hobi baru di waktu lapang.. sebenarnya banyak juga yang ingin dikongsikan dalam blog ini.. tetapi kekangan masa yang menuntut azie berkorban supaya mengurangkan hobi baru ini.. ini pun sambil membasuh pakaian, baru balik dari membuat part time azie mencuri masa juga mengarang ayat-ayat demi melepaskan kerinduan terhadap blog ini.. hmmm bercerita tentang kerja part time, apa agaknya yang anda fikirkan ek..

sebenarnya azie telah membuat kerja part time semenjak azie kat usm lagi.. first kerja part time yang azie lakukan adalah bekerja di restoran secret recipe.. masa tu azie di tahun dua.. azie enjoy membuat kerja part time sebab selain boleh menghilangkan stress semasa belajar, azie boleh melayan sifat azie yang sangat obses bershopping ni tanpa menggunakan duit yang mak n abah kasi setiap bulan.. berbelanja dengan menggunakan hasil titik peluh azie sendiri ni lain nikmatnya, lain rasanya.. macam-macam kerja part time yang azie penah lakukan.. kerja di restoran, butik, guardian, tesco dll..kiranya suma azie penah rasa.. bila diajukan soalan' azie ko ni tak penant ka? ko ni tak abaikan pelajaran ka? ko ni da cam robot da aku tengok'.. hahahhah.. bayangkan kawan-kawan, azie pergi kelas pukul 10- 5 ptg.. then pukul 6 azie start buat part time sampai la pukul 11.. lepas pukul sebelas tu la azie spend time untuk diri sendiri, buat asgment, keluar dengan kawan-kawan, pergi tarian, lakonan..

buat pengetahuan anda juga semasa belajar dulu, azie ada membuat perniagaan dalam bilik, perniagaan printing dan sewa novel.. hahahha.. gila duit tak azie ni.. tak kan? bagi azie itu adalah ntuk kepuasan diri sendiri.. penat memang penat, tapi bila shopping da hilang semua penat, malah rasa semakin seronok pula.. tahun akhir di usm pun azie masih buat part time.. masa itu, azie tengah buat final year projek.. kawan-kawan semua risau dengan azie sebab masa final year biasanya orang akan terlalu sibuk dengan projek tetapi azie masih sempat dengan kerja part time azie tu.. alhamdulliah dengan izin tuhan semuanya berjalan dengan lancar.. sehingga lah azie dapat graduation pada tarikh yang sepatutnya...


sekarang azie masih tak berubah.. walaupun azie da mempunyai kerja tetap tetapi azie masih menjalankan kerja part time.. tetapi kali ini kerja part time yang boleh dapat duit setiap hari.. heheheh.. alhamdulillah sejak percubaan pertama, azie tidak pernah gagal mendapatkan duit dalam sehari.. mungkin pengalaman-pengalaman azie selama ini mengajar azie untuk mendapatkan yang lebih baik.. sekali lagi azie nak tegaskan, walaupun penat tetapi kepuasan itu sangat terasa.. apabila kita dapat duit hasil dari uasaha kita, segala penat lelah hilang begitu sahaja.. malah itu adalah pengalaman yang sangat manis.. apa yang membezakan seseorang itu adalah pengalaman..pengalaman adalah khazanah kita yang sangat berharga untuk kita terus berjaya.. semoga tuhan terus permudahkan segalanya..

0 comments: