bila MISS GIEY berbicara

andai jalan kita berbeza, mengapa tidak kita memandang ke arah yang sama?

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Sunday, March 7, 2010

kasih miss giey and mr man mengorak selangkah lagi..

Posted by miss giey




setelah dugaan dan rintangan telah ditempuhi, kini miss giey and mr man mengorak langkah menuju ke hubungan yang lebih series.. azie and azman telah di tunangkan pada 6 feb 2010.. macamana azie n azman boleh terfikir ke arah ini sedangkan kami baru mahu mengenal dunia pekerjaan... jawapannya adalah HATI.. sebenarnya keputusan ini kami buat bersama.. kami berbincang dari hati ke hati untuk terus mencari jalan untuk lebih sempurna.. mencari jalan keredhaanNya.. tidak mahu terus hanyut dibawa arus keremajaan yang penuh dengan godaan.. restu keluarga dan sokongan kawan-kawan banyak memberi kami kekuatan untuk terus melangkah mengejar masa depan bersama.. lagipun orang kata apa mahu ditunggu lagi jika sama-sama telah bersedia memikul tanggungjawab dan bersedia menempuah fasa baru dalam hidup.. lagipun tuhan telah permudahkan kehidupan kami dengan memberi kami fitrah kehidupan sempurna seperti pekerjaan yang baik serta kebahagian dan kegembiraan bersama insan sekeliling..

sebenarnya tarikh awal yang dirancang adalah pada 30 jan 2010 iaitu sehari sebelum ulangtahun kelahiran azman yang ke 24.. memandangkan rakan baik azie depan rumah (khariyatun) akan diijabkabulkan pada tarikh yang sama, kami terpaksa menunda tarikh tersebut ke minggu seterusnya.. sememangnya takdir telah menetapkan tarikhnya begitu.. 2 minggu sebelum tunang tu, azie pening memikirkan warna tema untuk diabadikan supaya ia lebih memberi kepuasan.. azie memilih warna pink and gold.. kemudian mendapat bantahan dari orang lain sebab susah hendak mencari warna tersebut.. lagipun bukan ke tidak manis apabila hantaran yang hendak diberikan kepada pihat lelaki berwarna pink.. hehehhe.. lagipun azman memang tidak bersetuju.. azie pun dengan berat hati tetapi tidak kisah pun bila terpaksa tukar warna tema.. bila difikirkan azie sememang obses pada kaler yang striking.. timbullah idea ingin mengunakan warna oren sebagai tema dan putih sebagai penyeri..

timbul pula masalah apabila ingin mencari cincin untuk azie.. puas mencari saiz ..sebenarnya sebab jari azie bersaiz special.. so sangat limited cincin tu.. puas mencari citarasa sendiri akhirnya dapat juga di kedai emas poh kong walaupun tidak berapa berpuas hati dengan designnya..

pada hari yang dinanti-nanti itu, azie menggunakan khidmat handmade untuk menatarias wajah sendiri.. bukan tidak percaya pada mak andam di luar sana, cuma ingin menguji kemampuan sendiri dalam bakat menyolek.. kalau dahulu di usm azie yang menyonteng muka kawan-kawan apabila hendak pergi dinner, kenapa azie tak boleh menyonteng muka sendiri, betul tak??.. cantik ke hodoh ia tetap hasil tangan sendiri.. ia juga boleh beri kepuasan.. alhamdulillah respon yang diterima agak baik.. boleh la azie meneruskan niat untuk mengambil kursus andaman.. minat dan bakat perlu seiring..

majlis berjalan dengan lancar.. syukur kepada tuhan... tetapi kepada mereka yang menghadiri majlis tersebut mesti masih tertanya-tanya akan kandungan majlis tersebut seperti tempoh bertunang dan wang hantaran kerna ia tidak disebutkan dikhalayak ramai.. tetapi ia telah disebut dalam perbincangan sesama keluarga.. buat pertama kalinya azie memberitahu apakah isi kandungannya..
WANG HANTARAN: RM11,111.00
MAS KAHWIN: RM1000
TEMPOH BERTUNANG: SETAHUN HIDUP (tarikh yang ditetapkan pada bulan mei or jun 2010)
HARI NIKAH: JUMAAT
HARI SANDING: SABTU
BATAL AIR SEMBAHYANG: RANTAI(perempuan) JAM(lelaki)

kini azie and azman menjalani kehidupan sebagai tunangan orang.. orang kata dugaan dan ujian semasa di alam bertunang sangat hebat.. azie berdoa semoga hati kami tabah dan kuat menghadapi dugaan tersebut.. selain berusaha meniti alam pertunangan ini, ada tanggungjawab yang kami perlu selesaikan juga untuk terus berjaya di dalam kehidupan.. nampaknya bertambah lagi tanggung jawab yang perlu dipikul.. kerjaya dan kebahagian perlu seiring demi mencapai tahap kepuasan yang maksimum dalam hidup.. semoga miss giey and mr azman terus sukses hendaknya.. aminnn

0 comments: