


Pagi-pagi ahad yang sunyi ni, tiba-tiba pulak nak rasa rindu akan kenangan silam.. bila pagi-pagi lagi kawan lama yang YM.. teringat-teringat, terasa pulak nak story tentang asal usul hubungan azie ngan tunang azie..(hmmm da jadi tunangan orang da...)nanti da tua-tua boleh la bagi anak cucu baca.. hehehhe.. azie ngn mr azman ni da hampir 4 thn bersama..(in love) tapi banyak ranjau dan durinye.. kami ni 1 uni..(USM) dok sama desa(BAKTI PERMAI).. belajar 1 pusat pengajian tapi lain major (art).. nak di jadikan cerita.. azie n man ni masuk majlis penghuni desasiswa(mpd)... masa tu desa bakti ni ada wat kem kepimpinan kat gua kelam perlis.. azie n man pun join g sana.. g naik bas.. then azie n man ni 1 bas.. azie masih tak kenal dia.. tapi menurut cerita dia masa tu dia da kenal azie dari kat pusat pengajian lagi.. dalam bas azie dok ngan kawan baik azie, ayu.. then dia dok ngan dia yang kebetulan kawan azie juga.. hmmm.. kemudian masa tu sesi perkenalan la kan.. dia tanya azie asal orang mana.. azie pun dengan otak yang gila-gila n tak mahu orang tahu asal keturunan dengan selamber tanya semula kat dia, awk orang mana... dia menjawab saya orang kelantan.. azie senyum n jawab azie pun orang kelantan(kelantan ke??? heheheh)then dia tanya lagi, eh yeke?? tipu la! (maybe orang yang makan budu tahu sapa yang makan budu jugak.. hehehe) azie pun dengan konfidennya menjawab, betoiii... (alamak!) terbahak-bahak dia gelak n cakap kantoi!!!.. ala bese la 2 ..
dalam fikiran azie suka hati aku la nak mengaku orang mana pun.. azie bukan ada hometown yang tetap pun.. belasah ja.. sebenanya azie lahir kat selangor, mak lahir di perak n menetap kat selangor, abah orang selangor.. rumah azie sekarang nak kata kat johor tak jugak sebab rumah azie sempadan johor pahang.. alamat rumah di johor tetapi nombor telefon rumah di pahang.. hmmm compilacated kan.. tambahan pula sekolah azie termasuk dalam daerah pahang tetapi bandar terdekat kami adalah di segamat, johor.. segala urusan perbankan, ic or pape ja sume kat johor.. kalau nak mengaku orang johor pulak, johor bahru azie tak pernah sampai, mersing ke, kota tinggi ke, kluang ke, sume azie tak tahu.. raya pun azie tak pernah dok rumah kat johor.. selalu balik kampung kat selangor.. tiba hujung minggu atau cuti sekolah abah selalu bawak datang shah alam.. so nk cakap asal tu memang susah sikit la.. bila mula-mula masuk U, ramai yang bertanya orang mana.. tak tahu nak cakap apa n rasanya idea untuk mengenakan orang tu pun sangat mudah.. bukan niat menipu, cuma sekadar gurauan.. tapi ramai yang label azie orang johor.. mungkin sebab azie takda loghat dan ic azie beralamat segamat,johor..
sambungan, masa kat dalam kem tu azie langsung tak terperasan kelibat dia.. langsung tak ingat sapa dia.. takda rasa apa-apa yang istimewanya perkenalan kami tu..sehinggalah habis kem tersebut, azie balik usm seperti biasa.. mungkin takdir menemukan kami semula..(cewahhh!) dalam 1 meeting mpd azie berjumpa semula dengan dia n kami pun bertukar nombor telefon.. poyo ja.. hehhehe.. selang beberapa hari azie dapat mesag dari dia.. dan semenjak tu kami saling berhubung menerusi telefon sahaja.. kemesraan terjalin di situ.. tetapi bagi azie dia sekadar teman biasa.. kerna masa itu, azie juga ada rapat dengan beberapa kawan lelaki dan juga senior-senior.. kami sering dipertemukan di dalam bilik meeting, kelas, cafe, pusat pengajian.. tetapi masa itu sekadar senyum dari jauh..
sehinggalah kami mengaturkan pertemuan sendiri pada suatu hari.. dan nampaknya ada keserasian dalam hubungan kami..sejak itu, pertemuan demi pertemuan kami aturkan..azie selesa bersamanya kerna dia lah lelaki pertama yang akan menghulurkan bantuan semasa azie memerlukan pertolongan.. dari masalah pembelajaran sehinggalah masalah pengangkutan dan masalah peribadi..tetapi orang kata tidak semestinya semua itu berjalan dengan baik.. perhubungan kami tidak semudah yang disangka.. azie dan man menempuh pelbagai rintangan dan dugaan yang maha hebat bersama.. kadang-kadang hati telah putus asa, tetapi kesabaran dan dan sikap tidak putus asa man menarik kembali hati azie untuk terus berjuang mempertahankan hubungan tersebut..selama 3 tahun kami di alam pengajian di U, kami juga menempuh alam percintaan di kampus.. nak di katakan sangat indah, tidak juga, tapi boleh lah ditafsirkan sebagai kenangan manis..
Facebook Badge
My Blog List
inspiration
it's tme 2 make it work, i'm gonna be prettier,i'm going 2 make alot of money,i'm gonna love more, i'm going 2 travel alot n don't be hurt n crying...
missgiey
miss giey
'aku tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang hanya berpuas hati dengan kesederhanaan. aku ingin menjadikan hidup aku lebih dari itu!! namun aku tidak mahu menjadi luar biasa.. aku hanya inginkan sesuatu yang bermakna dalam hidupku..'
About Me
- miss giey
- juz a simple gurlz yang uckup bahagia bersama insan2 tersayang... seorg gadis sederhana yang masih mencari tapak dalam kehidupan.. 'aku tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang hanya berpuas hati dengan kesederhanaan. aku ingin menjadikan hidup aku lebih dari itu!! namun aku tidak mahu menjadi luar biasa.. aku hanya inginkan sesuatu yang bermakna dalam hidupku..'
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment