bila MISS GIEY berbicara

andai jalan kita berbeza, mengapa tidak kita memandang ke arah yang sama?

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Sunday, March 7, 2010

kasih miss giey and mr man mengorak selangkah lagi..

Posted by miss giey




setelah dugaan dan rintangan telah ditempuhi, kini miss giey and mr man mengorak langkah menuju ke hubungan yang lebih series.. azie and azman telah di tunangkan pada 6 feb 2010.. macamana azie n azman boleh terfikir ke arah ini sedangkan kami baru mahu mengenal dunia pekerjaan... jawapannya adalah HATI.. sebenarnya keputusan ini kami buat bersama.. kami berbincang dari hati ke hati untuk terus mencari jalan untuk lebih sempurna.. mencari jalan keredhaanNya.. tidak mahu terus hanyut dibawa arus keremajaan yang penuh dengan godaan.. restu keluarga dan sokongan kawan-kawan banyak memberi kami kekuatan untuk terus melangkah mengejar masa depan bersama.. lagipun orang kata apa mahu ditunggu lagi jika sama-sama telah bersedia memikul tanggungjawab dan bersedia menempuah fasa baru dalam hidup.. lagipun tuhan telah permudahkan kehidupan kami dengan memberi kami fitrah kehidupan sempurna seperti pekerjaan yang baik serta kebahagian dan kegembiraan bersama insan sekeliling..

sebenarnya tarikh awal yang dirancang adalah pada 30 jan 2010 iaitu sehari sebelum ulangtahun kelahiran azman yang ke 24.. memandangkan rakan baik azie depan rumah (khariyatun) akan diijabkabulkan pada tarikh yang sama, kami terpaksa menunda tarikh tersebut ke minggu seterusnya.. sememangnya takdir telah menetapkan tarikhnya begitu.. 2 minggu sebelum tunang tu, azie pening memikirkan warna tema untuk diabadikan supaya ia lebih memberi kepuasan.. azie memilih warna pink and gold.. kemudian mendapat bantahan dari orang lain sebab susah hendak mencari warna tersebut.. lagipun bukan ke tidak manis apabila hantaran yang hendak diberikan kepada pihat lelaki berwarna pink.. hehehhe.. lagipun azman memang tidak bersetuju.. azie pun dengan berat hati tetapi tidak kisah pun bila terpaksa tukar warna tema.. bila difikirkan azie sememang obses pada kaler yang striking.. timbullah idea ingin mengunakan warna oren sebagai tema dan putih sebagai penyeri..

timbul pula masalah apabila ingin mencari cincin untuk azie.. puas mencari saiz ..sebenarnya sebab jari azie bersaiz special.. so sangat limited cincin tu.. puas mencari citarasa sendiri akhirnya dapat juga di kedai emas poh kong walaupun tidak berapa berpuas hati dengan designnya..

pada hari yang dinanti-nanti itu, azie menggunakan khidmat handmade untuk menatarias wajah sendiri.. bukan tidak percaya pada mak andam di luar sana, cuma ingin menguji kemampuan sendiri dalam bakat menyolek.. kalau dahulu di usm azie yang menyonteng muka kawan-kawan apabila hendak pergi dinner, kenapa azie tak boleh menyonteng muka sendiri, betul tak??.. cantik ke hodoh ia tetap hasil tangan sendiri.. ia juga boleh beri kepuasan.. alhamdulillah respon yang diterima agak baik.. boleh la azie meneruskan niat untuk mengambil kursus andaman.. minat dan bakat perlu seiring..

majlis berjalan dengan lancar.. syukur kepada tuhan... tetapi kepada mereka yang menghadiri majlis tersebut mesti masih tertanya-tanya akan kandungan majlis tersebut seperti tempoh bertunang dan wang hantaran kerna ia tidak disebutkan dikhalayak ramai.. tetapi ia telah disebut dalam perbincangan sesama keluarga.. buat pertama kalinya azie memberitahu apakah isi kandungannya..
WANG HANTARAN: RM11,111.00
MAS KAHWIN: RM1000
TEMPOH BERTUNANG: SETAHUN HIDUP (tarikh yang ditetapkan pada bulan mei or jun 2010)
HARI NIKAH: JUMAAT
HARI SANDING: SABTU
BATAL AIR SEMBAHYANG: RANTAI(perempuan) JAM(lelaki)

kini azie and azman menjalani kehidupan sebagai tunangan orang.. orang kata dugaan dan ujian semasa di alam bertunang sangat hebat.. azie berdoa semoga hati kami tabah dan kuat menghadapi dugaan tersebut.. selain berusaha meniti alam pertunangan ini, ada tanggungjawab yang kami perlu selesaikan juga untuk terus berjaya di dalam kehidupan.. nampaknya bertambah lagi tanggung jawab yang perlu dipikul.. kerjaya dan kebahagian perlu seiring demi mencapai tahap kepuasan yang maksimum dalam hidup.. semoga miss giey and mr azman terus sukses hendaknya.. aminnn

hmmm dah lama juga azie tidak menjengah blog ini.. almaklum lah terbusy sikit sekarang.. tuntutan kerja serta kerja part time yang azie lakukan semakin menghalang untuk azie berkarya melayan perasaan untuk belajar menulis ini.. mungkin ini lah hobi baru di waktu lapang.. sebenarnya banyak juga yang ingin dikongsikan dalam blog ini.. tetapi kekangan masa yang menuntut azie berkorban supaya mengurangkan hobi baru ini.. ini pun sambil membasuh pakaian, baru balik dari membuat part time azie mencuri masa juga mengarang ayat-ayat demi melepaskan kerinduan terhadap blog ini.. hmmm bercerita tentang kerja part time, apa agaknya yang anda fikirkan ek..

sebenarnya azie telah membuat kerja part time semenjak azie kat usm lagi.. first kerja part time yang azie lakukan adalah bekerja di restoran secret recipe.. masa tu azie di tahun dua.. azie enjoy membuat kerja part time sebab selain boleh menghilangkan stress semasa belajar, azie boleh melayan sifat azie yang sangat obses bershopping ni tanpa menggunakan duit yang mak n abah kasi setiap bulan.. berbelanja dengan menggunakan hasil titik peluh azie sendiri ni lain nikmatnya, lain rasanya.. macam-macam kerja part time yang azie penah lakukan.. kerja di restoran, butik, guardian, tesco dll..kiranya suma azie penah rasa.. bila diajukan soalan' azie ko ni tak penant ka? ko ni tak abaikan pelajaran ka? ko ni da cam robot da aku tengok'.. hahahhah.. bayangkan kawan-kawan, azie pergi kelas pukul 10- 5 ptg.. then pukul 6 azie start buat part time sampai la pukul 11.. lepas pukul sebelas tu la azie spend time untuk diri sendiri, buat asgment, keluar dengan kawan-kawan, pergi tarian, lakonan..

buat pengetahuan anda juga semasa belajar dulu, azie ada membuat perniagaan dalam bilik, perniagaan printing dan sewa novel.. hahahha.. gila duit tak azie ni.. tak kan? bagi azie itu adalah ntuk kepuasan diri sendiri.. penat memang penat, tapi bila shopping da hilang semua penat, malah rasa semakin seronok pula.. tahun akhir di usm pun azie masih buat part time.. masa itu, azie tengah buat final year projek.. kawan-kawan semua risau dengan azie sebab masa final year biasanya orang akan terlalu sibuk dengan projek tetapi azie masih sempat dengan kerja part time azie tu.. alhamdulliah dengan izin tuhan semuanya berjalan dengan lancar.. sehingga lah azie dapat graduation pada tarikh yang sepatutnya...


sekarang azie masih tak berubah.. walaupun azie da mempunyai kerja tetap tetapi azie masih menjalankan kerja part time.. tetapi kali ini kerja part time yang boleh dapat duit setiap hari.. heheheh.. alhamdulillah sejak percubaan pertama, azie tidak pernah gagal mendapatkan duit dalam sehari.. mungkin pengalaman-pengalaman azie selama ini mengajar azie untuk mendapatkan yang lebih baik.. sekali lagi azie nak tegaskan, walaupun penat tetapi kepuasan itu sangat terasa.. apabila kita dapat duit hasil dari uasaha kita, segala penat lelah hilang begitu sahaja.. malah itu adalah pengalaman yang sangat manis.. apa yang membezakan seseorang itu adalah pengalaman..pengalaman adalah khazanah kita yang sangat berharga untuk kita terus berjaya.. semoga tuhan terus permudahkan segalanya..

Saturday, February 20, 2010

kisah kasih MISS GIEY and MR MAN...

Posted by miss giey






Pagi-pagi ahad yang sunyi ni, tiba-tiba pulak nak rasa rindu akan kenangan silam.. bila pagi-pagi lagi kawan lama yang YM.. teringat-teringat, terasa pulak nak story tentang asal usul hubungan azie ngan tunang azie..(hmmm da jadi tunangan orang da...)nanti da tua-tua boleh la bagi anak cucu baca.. hehehhe.. azie ngn mr azman ni da hampir 4 thn bersama..(in love) tapi banyak ranjau dan durinye.. kami ni 1 uni..(USM) dok sama desa(BAKTI PERMAI).. belajar 1 pusat pengajian tapi lain major (art).. nak di jadikan cerita.. azie n man ni masuk majlis penghuni desasiswa(mpd)... masa tu desa bakti ni ada wat kem kepimpinan kat gua kelam perlis.. azie n man pun join g sana.. g naik bas.. then azie n man ni 1 bas.. azie masih tak kenal dia.. tapi menurut cerita dia masa tu dia da kenal azie dari kat pusat pengajian lagi.. dalam bas azie dok ngan kawan baik azie, ayu.. then dia dok ngan dia yang kebetulan kawan azie juga.. hmmm.. kemudian masa tu sesi perkenalan la kan.. dia tanya azie asal orang mana.. azie pun dengan otak yang gila-gila n tak mahu orang tahu asal keturunan dengan selamber tanya semula kat dia, awk orang mana... dia menjawab saya orang kelantan.. azie senyum n jawab azie pun orang kelantan(kelantan ke??? heheheh)then dia tanya lagi, eh yeke?? tipu la! (maybe orang yang makan budu tahu sapa yang makan budu jugak.. hehehe) azie pun dengan konfidennya menjawab, betoiii... (alamak!) terbahak-bahak dia gelak n cakap kantoi!!!.. ala bese la 2 ..

dalam fikiran azie suka hati aku la nak mengaku orang mana pun.. azie bukan ada hometown yang tetap pun.. belasah ja.. sebenanya azie lahir kat selangor, mak lahir di perak n menetap kat selangor, abah orang selangor.. rumah azie sekarang nak kata kat johor tak jugak sebab rumah azie sempadan johor pahang.. alamat rumah di johor tetapi nombor telefon rumah di pahang.. hmmm compilacated kan.. tambahan pula sekolah azie termasuk dalam daerah pahang tetapi bandar terdekat kami adalah di segamat, johor.. segala urusan perbankan, ic or pape ja sume kat johor.. kalau nak mengaku orang johor pulak, johor bahru azie tak pernah sampai, mersing ke, kota tinggi ke, kluang ke, sume azie tak tahu.. raya pun azie tak pernah dok rumah kat johor.. selalu balik kampung kat selangor.. tiba hujung minggu atau cuti sekolah abah selalu bawak datang shah alam.. so nk cakap asal tu memang susah sikit la.. bila mula-mula masuk U, ramai yang bertanya orang mana.. tak tahu nak cakap apa n rasanya idea untuk mengenakan orang tu pun sangat mudah.. bukan niat menipu, cuma sekadar gurauan.. tapi ramai yang label azie orang johor.. mungkin sebab azie takda loghat dan ic azie beralamat segamat,johor..

sambungan, masa kat dalam kem tu azie langsung tak terperasan kelibat dia.. langsung tak ingat sapa dia.. takda rasa apa-apa yang istimewanya perkenalan kami tu..sehinggalah habis kem tersebut, azie balik usm seperti biasa.. mungkin takdir menemukan kami semula..(cewahhh!) dalam 1 meeting mpd azie berjumpa semula dengan dia n kami pun bertukar nombor telefon.. poyo ja.. hehhehe.. selang beberapa hari azie dapat mesag dari dia.. dan semenjak tu kami saling berhubung menerusi telefon sahaja.. kemesraan terjalin di situ.. tetapi bagi azie dia sekadar teman biasa.. kerna masa itu, azie juga ada rapat dengan beberapa kawan lelaki dan juga senior-senior.. kami sering dipertemukan di dalam bilik meeting, kelas, cafe, pusat pengajian.. tetapi masa itu sekadar senyum dari jauh..

sehinggalah kami mengaturkan pertemuan sendiri pada suatu hari.. dan nampaknya ada keserasian dalam hubungan kami..sejak itu, pertemuan demi pertemuan kami aturkan..azie selesa bersamanya kerna dia lah lelaki pertama yang akan menghulurkan bantuan semasa azie memerlukan pertolongan.. dari masalah pembelajaran sehinggalah masalah pengangkutan dan masalah peribadi..tetapi orang kata tidak semestinya semua itu berjalan dengan baik.. perhubungan kami tidak semudah yang disangka.. azie dan man menempuh pelbagai rintangan dan dugaan yang maha hebat bersama.. kadang-kadang hati telah putus asa, tetapi kesabaran dan dan sikap tidak putus asa man menarik kembali hati azie untuk terus berjuang mempertahankan hubungan tersebut..selama 3 tahun kami di alam pengajian di U, kami juga menempuh alam percintaan di kampus.. nak di katakan sangat indah, tidak juga, tapi boleh lah ditafsirkan sebagai kenangan manis..

Friday, February 19, 2010

berapa peratus kah rakyat malaysia yang tidak menggunakan HANDPHONE?

Posted by miss giey




Agak-agak apakah jawapan untuk soalan di atas ya.. hmmm.. azie rasa jawapannya tidak sampai 1 peratus pun.. tetapi di sini, dengan bangganya azie menyatakan fakta yang sangat benar.. AZIE TIDAK MENGGUNAKAN HANDPHONE SELAMA LEBIH SEMINGGU DAN TIDAK TAHU SAMPAI BILA KEADAAN INI BERLAKU.. actually handphone azie rosak.. azie ada guna 3 handphone... handphone pertama handphone kesayangan ni.. N95.. da lama rosak.. dari zaman azie dok kt USM lg.. tp baru ni azie da baiki hp tu.. nak dijadikan cerita bila dibaiki pun still tak ok.. sakit hati ja.. orang kata kalau kita pakai barangan branded, maintenance pn tinggi.. ayakkk.. handphone kedua azie lak hp motorola.. hp ni tak ada apa-apa masalah.. cuma ujung minggu lepas azie balik kampung kat johor.. hendak di jadikan cerita charger battery lak tertinggal kat kampung.. nak pinjam kat kawan-kawan kat sini, ramai yang tidak menggunakan hp motorola model yang sama.. adeiii.. handphone ketiga adalah handphone mini phone.. hp ni adalah hadiah harijadi untuk bf azie.. tetapi bf azie tak suka menggunakannya kerana ia full touch screen.. so azie pegang dulu la handphone ni.. nak dijadikan cerita, oleh sebab azie ni bukan seorang yang jenis cermat menggunakan sesuatu barangan, hp tu pun ada masalah.. tak boleh nk touch lagi.. so camana nak menggunakannya kan? betul la orang kata, touch screen ni sangat sensitif.. aduyai.. so azie sekarang hanya bergantung pada ym, fb dan email saja.. tetapi sangat-sangat sedih bila tak dapat selalu menghubungi keluarga azie di kampung, akak kat penang, baby kat ukm, abang kat upm.. huhuhu.. rasa tak lengkap dunia ini.. tapi takpe lah.. hanya kesabaran saja dapat mengubat hati yang sengsara kini.. hehehhe...

Thursday, February 18, 2010

BMG telah bertukar wajah.. kenapa??

Posted by miss giey


kira-kira lebih setahun juga azie tak buka 'bicaramissgiey' ni kan.. tuntutan kerjaya dan kehidupan yang telah berubah kini memerlukan pengorbanan untuk azie melupakan seketikan BMG ni.. malam ini tiba-tiba merindui banyak kenangan-kenangan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.. di sini azie cuba meluahkan apa yang dirasa.. sentimentel value.. hehehe.. bila BMG ini berubah rupa, gaya dan bajunya, jadi mulai kini isi dan kandungannya juga akan berubah dari semasa ke semasa.. mungkin penginjakan usia kini lebih mematangkan azie untuk memandang lebih jauh.. kalau boleh ingin menghapuskan semua kenangan serta khilaf silap.. tetapi bolehkah itu semua terjadi.. bolehkah dengan sekelip mata kenangan yang pernah menjadi separuh nyawa kita dahulu dihapuskan.. ya tentu sukar..teramat sukar.. semakin hari terasa semakin getir hidup ini.. apa yang akan terjadi esok? masa akan datang? Tuhan... aku sangat takut untuk menjalani masa akan datang.. lagi-lagi tanpa kehadiran orang yang sering membantuku,menemaniku selama ini.. tetapi aku mesti kuat menghadapi itu semua.. azie tak perlu selamanya mengharapkan orang lain.. azie kena belajar berdikari.. orang yang kita perlukan, tidak semestinya memerlukan kita.. orang yang kita harapkan, tak semestinya mengharapkan kita..dulu kita dipuja,disanjung, dirayu tapi kini.... pandang lah ke depan.. bak kata pujangga.. airmata yang tumpah kini rasionalnya akan berterusan dan akan berterusan selagi kita tidak mencari jalan untuk menghapuskannya.. adakah azie akan begitu,, nauzubillah..biarpun perit, seksa serta teramat sakit azie akan hadapi ia dengan sebaiknya.. azie benci pada kenangan itu.. azie tersalah pilih jalan kehidupan.. kesilapan itu mengundang airmata kini.. dan semoga airmata yang tumpah ini akan terhapus dengan cahaya kejayaan atas usaha dan titik peluh sendiri.. Aminnn...

Thursday, January 1, 2009

Inspirasi Anggun

Posted by miss giey

Hye guys!! Thanx 4 u all yang sudi meluangkan masa bg melayari my page blog ni... actually bingkisan saya adalah mengenai KECANTIKAN. Why saya memilih this title bcoz of saya adalah seorang yang sangat mencintai keindahan. Even saya adalah seorang yang sederhana tetapi kesederhanaan ini yang membuat saya lebih mengenali erti keindahan, Kecantikan dan keanggunan.

Bersesuaian dengan prinsip hidup saya.., ‘aku tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang hanya berpuas hati dengan kesederhanaan. aku ingin menjadikan hidup aku lebih dari itu!! namun aku tidak mahu menjadi luar biasa.. aku hanya inginkan sesuatu yang bermakna dalam hidupku..’ that’s why, saya sentiasa mendambakan sstu yang dapat memberi kepuasan terhadap diri ini. Setelah sekian lama bermuhasabah diri, akhirnya saya akur akan kehendak hati… Kecantikan… ya! Kecantikan dan keindahan yang melekat dalam jiwa ini.

Tercipta dan bakal terhasilnya sebuah buku yang bertajuk INSPIRASI ANGGUN adalah bukti kecintaan saya dalam dunia kecantikan. Berdasarkan sekelumit pengetahuan yang diasah serta dicari, saya kongsikan pengetahuan tersebut bersama pembaca. Sedikit sebanyak buku tersebut banyak memainkn peranan dalam blog ini.

Buat rakan2 yang masih berminat meneruskan membaca blog ini, buat pertama kalinya saya menyediakan info mengenai erti kecantikan sebenar. Tanpa mengetahui erti kecantikan sebenar, mayb anda masih menganggap kecantikan tidak penting dalam kehidupn dan akan menyalahkan org lain mahupun takdir dan keadaan semata-mata apabila diri tidak seindah org lain.

Sesungghnya saya amat tertarik akan sesuatu yang bersifat cantik dan saya percaye sebilangan besar wanita juga seperti saya. Kecantikan dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Kecantikn amat didambakan oleh wanita hari ini. Maksud cantik sebenarnya luas. Ia melibatkan aspek fizikal, mental, psikologi dan spiritual. Namun masyarakat kini tersilap kerna terlalu mementingkan kecantikan fizikal dan ia bagaikan satu persepsi yang sudah melekat dalam minda masyarakat yang amat sukar untuk diubah.

Ditambah pula dengan dorongan untuk menjadi cantik disebabkan oleh faktor dalaman atau luaran. Maka wanita mula mempersoalkan apakah dirinya kurang cantik. Siapa anda, anda sendiri yang menentukannya. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Seorang yang mengatakan anda tidak cantik, sepuluh orang mungkin mengatakan anda cantik. Tetapi maksud kecantikan perlu diperluaskan. Tidak perlulah kita bermati-matian untuk cantik. Pandanglah kecantikan dalam aspek yang lebih luas. Percayalah kecantikan sebenarnya berjalan seiring mengikut pertambahan usia.

Bagaimana pun bentuk wajah anda, berpikirlah secara positif. Berhenti untuk berfikir bahawa anda tidak cantik. Yang perlu anda lakukan hanyalah untuk melihat apa yang paling menarik dalam diri anda kemudian barulah anda melihat apa yang kurang. Cubalah untuk memaksimumkan kelebihan anda dan berkonsentrasi untuk menutupi kekurangannya.

Sebaiknya anda memikirkan cara untuk meningkatkan apa yang belum anda maksimumkan dari diri anda sendiri agar apa yang telah anda miliki semakin bernilai. Dengan ini, cubalah kita mulai ‘menjelajahi’ wajah dan tubuh kita untuk menjalani inovasi kearah kejelitaan serta menambah keyakinan diri.
gud luck!!