Hye guys!! Thanx 4 u all yang sudi meluangkan masa bg melayari my page blog ni... actually bingkisan saya adalah mengenai KECANTIKAN. Why saya memilih this title bcoz of saya adalah seorang yang sangat mencintai keindahan. Even saya adalah seorang yang sederhana tetapi kesederhanaan ini yang membuat saya lebih mengenali erti keindahan, Kecantikan dan keanggunan.
Bersesuaian dengan prinsip hidup saya.., ‘aku tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang hanya berpuas hati dengan kesederhanaan. aku ingin menjadikan hidup aku lebih dari itu!! namun aku tidak mahu menjadi luar biasa.. aku hanya inginkan sesuatu yang bermakna dalam hidupku..’ that’s why, saya sentiasa mendambakan sstu yang dapat memberi kepuasan terhadap diri ini. Setelah sekian lama bermuhasabah diri, akhirnya saya akur akan kehendak hati… Kecantikan… ya! Kecantikan dan keindahan yang melekat dalam jiwa ini.
Tercipta dan bakal terhasilnya sebuah buku yang bertajuk INSPIRASI ANGGUN adalah bukti kecintaan saya dalam dunia kecantikan. Berdasarkan sekelumit pengetahuan yang diasah serta dicari, saya kongsikan pengetahuan tersebut bersama pembaca. Sedikit sebanyak buku tersebut banyak memainkn peranan dalam blog ini.
Buat rakan2 yang masih berminat meneruskan membaca blog ini, buat pertama kalinya saya menyediakan info mengenai erti kecantikan sebenar. Tanpa mengetahui erti kecantikan sebenar, mayb anda masih menganggap kecantikan tidak penting dalam kehidupn dan akan menyalahkan org lain mahupun takdir dan keadaan semata-mata apabila diri tidak seindah org lain.
Sesungghnya saya amat tertarik akan sesuatu yang bersifat cantik dan saya percaye sebilangan besar wanita juga seperti saya. Kecantikan dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Kecantikn amat didambakan oleh wanita hari ini. Maksud cantik sebenarnya luas. Ia melibatkan aspek fizikal, mental, psikologi dan spiritual. Namun masyarakat kini tersilap kerna terlalu mementingkan kecantikan fizikal dan ia bagaikan satu persepsi yang sudah melekat dalam minda masyarakat yang amat sukar untuk diubah.
Ditambah pula dengan dorongan untuk menjadi cantik disebabkan oleh faktor dalaman atau luaran. Maka wanita mula mempersoalkan apakah dirinya kurang cantik. Siapa anda, anda sendiri yang menentukannya. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Seorang yang mengatakan anda tidak cantik, sepuluh orang mungkin mengatakan anda cantik. Tetapi maksud kecantikan perlu diperluaskan. Tidak perlulah kita bermati-matian untuk cantik. Pandanglah kecantikan dalam aspek yang lebih luas. Percayalah kecantikan sebenarnya berjalan seiring mengikut pertambahan usia.
Bagaimana pun bentuk wajah anda, berpikirlah secara positif. Berhenti untuk berfikir bahawa anda tidak cantik. Yang perlu anda lakukan hanyalah untuk melihat apa yang paling menarik dalam diri anda kemudian barulah anda melihat apa yang kurang. Cubalah untuk memaksimumkan kelebihan anda dan berkonsentrasi untuk menutupi kekurangannya.
Sebaiknya anda memikirkan cara untuk meningkatkan apa yang belum anda maksimumkan dari diri anda sendiri agar apa yang telah anda miliki semakin bernilai. Dengan ini, cubalah kita mulai ‘menjelajahi’ wajah dan tubuh kita untuk menjalani inovasi kearah kejelitaan serta menambah keyakinan diri.
gud luck!!
Facebook Badge
My Blog List
inspiration
it's tme 2 make it work, i'm gonna be prettier,i'm going 2 make alot of money,i'm gonna love more, i'm going 2 travel alot n don't be hurt n crying...
missgiey
miss giey
'aku tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang hanya berpuas hati dengan kesederhanaan. aku ingin menjadikan hidup aku lebih dari itu!! namun aku tidak mahu menjadi luar biasa.. aku hanya inginkan sesuatu yang bermakna dalam hidupku..'
About Me
- miss giey
- juz a simple gurlz yang uckup bahagia bersama insan2 tersayang... seorg gadis sederhana yang masih mencari tapak dalam kehidupan.. 'aku tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang hanya berpuas hati dengan kesederhanaan. aku ingin menjadikan hidup aku lebih dari itu!! namun aku tidak mahu menjadi luar biasa.. aku hanya inginkan sesuatu yang bermakna dalam hidupku..'
Followers
Subscribe to:
Comments (Atom)



